Tuesday 14 February 2017





BAB 1 : SEJARAH AWAL NEGARA


Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi.Di Malaysia,kewujudan zaman Paleolitik dikenali pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu.Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan,Perak,Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah.Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Maseoitik,zaman Logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama.Perkembangan ini terus berlaku pada abad -abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaaan dengan kemasukkkan pengaruh Buddha,Hndu dan kemudiannya Islam. 



KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU

Sebelum lahirnya sebuah negara yag berdaulat dan merdeka dikenal sebagai Malaysia pada hari ini,telah muncul dan perkembangan kerajaan atau kesultanan neger-negeri Melayu.Kewujudan kerajaan-kerajaan Melatu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu,iaitu akar umbi pembentukkan negara Malaysia.Perkembangan kebudayaan kerajaan-kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan perundanagn,institusi sosial dan ekonomi.Aspek-aspek tersebut dapat membuktikan bahawa akar pembentukkan negara ini telah ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.


KERAJAAN MELAKA



Image result for kesultanan melayu melaka


PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Image result for pengasas kesultanan melayu melaka


PERKEMBANGAN POLITIK MALAKA PADA TAHAP AWAL


                                      Image result for perkembangan politik melaka pada tahap awal 

                                      Image result for perkembangan politik melaka pada tahap awal

PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA.


                               Related image

SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN.

                         Image result for sistem pembesar empat lipatan melaka
FUNGSI EMPAT PEMBESAR  UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA.



• Jawatan dan tugas Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka :

a) Bendahara

- Penasihat raja dalam bidang pentadbiran
- Menteri utama
- Ketua turus angkatan perang
- Ketua Hakim
- Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara

b) Penghulu Bendahari

- Pemungut hasil atau ufti
- Ketua bagi semua Bendahari
- Ketua urusetia istana
- Ketua semua syahbandar

c) Temenggung

- Ketua polis dan penjara (Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri)
- Penguasa bandar dan Kota Melaka
- Protokol istana
- Hakim di darat
- Mengawasi pedagang asing di Melaka
- Memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul

d) Laksamana

- Ketua angkatan laut (menjaga ketenteraman di laut)
- Mengawal keselamatan sultan
- Ketua duta
- Ketua urusan diraja ke seberang laut

KESILAPAN UMUM

• Memeriksa alat timbang dan sukat serta mata wang.
• Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
• Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.
• Menguruskan cukai.


FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAYU MELAKA.

Image result for faktor faktor kegemilangan melaka




FAKTOR GEOGRAFI
Image result for faktor semula jadi atau faktor geograf melaka































FAKTOR EKONOMI


Image result for fAktor ekonom melaka





FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN


  • Hubungan raapt dengan Melaka dan Negara China memberi peluang kepada Melaka memproleh perlindungan Politik
  • Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap,terutama dengan penglbatan orang laut dan tokoh-tokoh kerajaan.
  • Sistem hukum kanun melaka dan undang-undang Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanan.
  • Melaka mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun,termasuklah sistem cukai dan jual belinya.


FAKTOR KEJATUHAN MELAKA

Faktor-faktor dalaman

  • Kelemahan pemerintahan Melaka
  • Kelemahan sistem pertahanan
  • Kurangnya perpaduan rakyat
  • Sikap pembesar
  • Pegangan agama yang lemah 

Faktor-faktor Luaran
  • Penemuan tanjung .
  • Terdapat pengkhianat dalam kalangan pembesar seperti Utimutiara,seorang pemimpin jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak portugis.
  • Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.
  • Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.Walaupun Melaka menang pada serangan pertama,namun gagal mempertahankan kotanay pada serangan  kedua.Serangan portugis pada 24 julai 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuququerque bersama angkatanya yang terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1,400 orang tentera telah berjaya menundukkan Melaka





KERAJAAN JOHOR

Legasi sesebuah kesultanan itu tidak boleh dianggap hapus sekiranya rajanya masih hidup.Demikian juga bagi sultan-sultan Melaka.Biarpun kotanya ditawan Portugis,namun sultan yang berundur membawa bersama kedaulatan kerajaan pada 'tubuh'nya.Hal ini memungkinkan sultan tersebut mendirikan kerajaan baharu di mana-mana lokasi atau negeri yang difikirkan berpontensi untuk dibangunkan.





PENGASASAN KESULTANAN JOHOR

  • Selepas kekalahan Melaka,Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah berserta pengikut-pengikut meraka telah berundur ke selatan.Sultan Mahmud Syah bersemayam di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad pula membuat kubu di Pagoh.Mereka membuat persediaan untuk merampas semula Melaka daripada Portugis.
  • walau bagaimanapun,rancangan Sultan Ahmad berjaya dikesan oleh Portugis,lalu Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud berundur ke Pahang kemudian,mereka berhijrah pula ke Bentan dan bersemayam di Kopak.Baginda digelar 'Marhum di Bukit Batu'
  • Berikutannya Sultan Mahmud melantik puteranya bernama Raja Muzaffar,iaitu dengan puteri Kelantan,Puteri Onang Kening,sebagai pengganti baginda dan digelar 'Raja Muda'
  • Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.Sementara Raja Muzaffar yang disingkirkan sebelum ini telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzzaffar Syah(memerintah hingga tahun 1549)
  • Sultan Alauddin kemudiannya berpindahke Pahang dan mengahwini puteri Pahang,Puteri Kesuma Dewi.Baginda berpndah pula ke Johor dan membuka petempatan yang tetap di Johor pada tahun 1528 di Hujung Tanah.Dengan itu,beliau disebut sebagai Sultan Johor yang pertama bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah.





PEMERINTAH-PEMERINTAH JOHOR DAN PUSAT-PUSAT PENTADBIRAN

  • Sejak Kesultanan Johor diasaskan sehinggalah kini,Johor telah dipimpim oleh 23 orang sultan.Selepas pengasasannya,Kerajaan Johor Lama dipimpin oleh sembilan orang sultan
  • Bermula pada tahun 1528 hingga tahun 1721,pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berpindah-pindah.Perpindahan ini kerap berlaku ekoran serangan Portugis dan Aceh,serta apabila berlaku penggantian sultan.
  • Sultan Abdullah Muayat Syah kemudian berpindah ke Lingga.Apabila Aceh menyerang Lingga pada tahun 1623,baginda berundur ke Pulau Tambelan dan mangkat pada tahun yang sama.Sultan Abdul Jalil Syah yang menggantikan baginda kemudian mendirikan kota di Batu Sawar semula,tetapi berpindah ke Pahang pada tahun 1673 apabila Johor tewas diserang Jambi.
  • Apabila baginda mangkat pada tahun 1677,Sultan Ibrahim mendirikan kota di Pulau Bentan.Seterusnya pengganti baginda Sultan Mahmud telah dibawa bendahara ke Kota Tinggi pada tahun 1688 dan membangunkan kotanya di sana.
  • Sultan Mahmud mangkat di Kota Tinggi pada tahun 1699 setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.Kemangkatan baginda memperlihatkan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan yang diambil alih oleh keluarga bendahara.Bendehara Tun Abdul Jalil Riayat Syah IV yang membuka petempatan baharu di Panchur.





PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR

  • Oleh sebab Kesultanan Johor diasaskan oleh warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka,maka kerajaan ini banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran daripada Kerajaan Melaka.Pentadbiran pada peringkat pusat dan kedudukan tertinggi dalam kerajaan adalah sultan yang dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti Bendehara,Temenggung,Raja Indera Bongsu(Penghulu Bendehari),Laksamana dan Syahbandar.
  • Selain itu,wujud juga jawatan lain seperti Seri Bija Diraja,Seri Perdana Menteri,Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di samping pembesar-pembesar agama seperti kadi dan imam.
  • Kekuasaan keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil akhirnya telah menimbulkan persaingan dengan keluarga Bendehara Tun Habib Abdul Majid.Akibat kanflik,Laksamana Tun Abdul Jamil akhirnya terpaksa berundur ke Terengganu dan dibunuh pada tahun 1688 atas arahan Bendehara Tun Habib.
  • Bagi pentadbiran pada peringkat jajahan,terdapat dua kategori pentadbiran jajahan,iaitu jajahan di Tanah Melayu dan jajahan di Sumatera.
  • Negeri-negeri yang memberi taat setia kepada Melaka dahulu mengubah taat setia mereka kepada Kesultanan Johor.Fenomena ini mengkukuhkan lagi kerajaan Johor.





PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR 1721-1819

  • Selepas tahun 1721,pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpndah dengan kerap.Antara tahun 1722-1819,Riau menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor.
  • Berikutnya,dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara (Daeng Perani Daeng Kemasi),Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah(Raja Kecil) berjaya ditumpaskan lalu membolehkan Raja Sulaiman,iaitu putera Sultan Abdul Jalil Riayat syah IV menjadi Sultan Johor ke-12 dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
  • Selepas tahun 1819,suatu perubahan besar berlaku dalam politik Johor apabila Tengku Husin ditabalkan sebagai Sultan Singapura pada 16 Febuari 1819 oleh Stamford Raffles.Selepas tempoh ini,politik Johor lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan British.




PERDAGANGAN DI JOHOR

  • Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada abad ke-17.Tahun 1641 merupakan tahun penting dalam sejarah Johor kerana kuasa Portugis di Melaka telah berjaya disingkirkan dan menunjukkan perubahan tampuk pemerintahan Aceh.
KEDUDUKAN STRATEGIK

  • Sungai Johor merupakan sungai yang paling selatan di Sungai Semenanjung Tanah Melayu
  • Sungai Johor juga merupakan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang
SUNGAI YANG LEBAR

  • Sungainya yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal besar dalam tempoh ini mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman terutama ketika air pasang
KEMUDAHAN GUDANG DAN SISTEM PERDAGANGAN YANG TERSUSUN

  • Walaupun tidak begitu banyak menghasilkan bahan dagangan daripada hasil buminya sendiri,namun pelabuhannya tetap menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat
  • Antara kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan ini adalah seperti gudang-gudang (berkemungkinan besar juga gudang di bawah tanah untuk mengelakkan sebarang bahaya dan bencana alam),pegawai-pegawai terlatih dalam urusan perjalan perdagangan,cukai kastam yang berpatuntan dan sistem sukatan yang tetap.
BARANGAN DAGANGAN LUAR

  • Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain dengan corak terbaru dengan harga yang murah
  • Di samping itu,di sini juga diperdagangkan hasil emas,kayu gaharu,sarang burung,gading,kapur barus,bijih timah,rotan,lilin,tembaga sutera,tembikar,candu dan pelbagai barang lain yang datang dari berbagai-bagai negara.
PERANAN ORANG LAUT

  • Orang Laut berperanan mempengaruhi kepesatan perdagangan di Johor.Tenaga mereka banyak dimanfaatkan di pelabuhan dan di gudang-gudang.
  • Peranan Orang Laut ini sebanarnya menyamai peranan yang dimainkan oleh mereka sejak dari pelabuhan Palembang dan Melaka sebelum ini.

PERSAHABATAN DENGAN BELANDA
  • Pelabuhan Johor juga mendapat faedah yang besar melalui persahabatan mereka dengan Belanda (terutama,apabila mereka membantu Belanda mengusir Portugis dari Melaka)
  • Johor juga mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda.


PELABUHAN ENTREPOT
  • Menurut seorang penulis China yang popular bernama Ch'ing Chow Tung Tien,mencatatkan pada tahun 1703M,masih terdapat pedagang-pedagang China di Sungai Johor.
  • Sebagai pelabuhan entrepot,Johor menguruskan barang-barang dagangan dari seluruh pelosok dunia.Terdapat cacatan mengatakan pelabuh Panchur pernah didatangi oleh lapan hingga sepuluh buah tongkang China setiap tahun.Juga terdapat banyak barangan dari China yang didagangkan ke Batawi diangkut oleh kapal-kapal dari Johor


PERAK
  • Petempatan di Perak telah terbukti wujud seawal zaman prasejarah dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong,Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh
  • Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak,Sultan Ahmad mangkat.Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya,iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan,iaitu Puteri Onang Kening sebagai 'Raja Muda'


PAHANG
  • Petempatan awal di Pahang juga terbukti dengan penemuan arkeologi yang merujuk pada zaman Mesolitik,Neolitik dan gangsa.Antara kawasan tersebut ialah Sungai Lembing,Tembeling dan Tresang
  • Nama Pahang juga turut tercatat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu dengan pelbagai nama.Mengikut catatan pengembara Arab,Eropah dan China,Pahang ditulis sebagai 'Pam','Pan','Paam','Paon','Phaan','Phang','Pahan','Pan-Pan' dan 'Pan-Hang'.Hikayat Hang Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura


NEGERI SEMBILAN

  • Sehingga abad ke-16,Negeri Sembilan ialah sebuah wilayah taklukan kerajaan Johor.Pada hujung abad ke-17,wilayah ini mula melonggarkan diri mereka daripada pengaruh Johor memandangkan kerajaan Johor sendiri sudah mulai lemah.Oleh itu,muncul pembesar-pembesar yang mula menonjol di daerah masing-masing.
  • Raja Melewar dilantik menerajui takhta pada tahun 1773 dan menyandang gelaran Yamtuan Negeri bersemayam di Seri Menanti.Raja Melewar mangkat pada tahun 1795,tetapi puteranya Tengku Totok tidak terpilih kerana  pembesar-pembesar melihat beliau tidak memiliki ciri-ciri seorang pemimpin.


SELANGOR

  • Penemuan arkeologi membuktikan wilayah di Selangor didiami sekurang-kurangnya dua ribu tahun dahulu.Antara peralatan yang pernah dijumpai ialah gendang dan loceng gangsa di Klang dan Sungai Lang,Kuala Langat.Selain itu,tulang mawas turut dijumpai di Klang.Tapak-tapak prasejarah lain adalah di Jenderam Hilir,Gombak,Batu Caves,Ampang,Bukit kuda Bukit Jati dan Bukit Badak
  • Dengan pelantikan Raja Lumu yang bergelar Sultan Sallehuddin Syah,maka bermulala keluarga kesultanan baharu di Selangor yang kekal sehingga hari ini.



TERENGGANU

  • Sejak abad ke-13,peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan telah terbukti melalui catatan pengembara-pengembara asing.Terdapat catatan sejarawan mengatakan pengembara dari negara China pada tahun 1525M menamakan pelabuhan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu sebagai "Tong-Ya-Nong"
  • Pelantikan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu telah membawa kepada kemunculan keluarga pemerintah berdaulat di Terengganu pada abad ke-18.


KEDAH


  • Dari segi penemuan arkeologi,terbukti bahawa Negeri Kedah merupakan antara negeri tertua petempatanya di Tanah Melayu.Penemuan-penemuan tersebut mengesahkan kawasan ini telah didiami manusia purba sejak zaman Pleistocene lagi.
  • Sejarah negeri Kedah melewati beberapa episod pemerintahan misalnya pernah ditewaskan Aceh,diduduki kuasa siam dan dipindahkan ke tangan British melalui perjanjian Bangkok,1909.Namun peristiwa tersebut tidak memutuskan warisan kesultanan tersebut sehinggalah hari ini.

KELANTAN

  • Keturunan Dinasti Jembal hilang terus penguasaan terhadap Kelantan apabila Long Bahar mangkat kerana puteranya dengan puteri Kelantan (Raja Pah) tidak dilantik sebagai pengganti beliau sebaliknya puteranya bernama Long Sulaiman,iaitu anak hasil perkahwinan dengan puteri Pattani ditabalkan sebagai pemerintah Kelantan
  • Berlaku konflik semasa pemerintahan Long Sulaiman yang menyebabka beliau dibunuh oleh menantunya,Long Deraman.Untuk seketika,takhta Kelantan diberikan kepada Long Muhammad(saudara ipar Long Deraman) walaupun sebenarnya Long Sulaiman mempunyai putera,iaitu Long Yunus




PROSES KEMERDEKAAN


27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.



PEMBENTUKAN MALAYSIA





MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil

Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.


 MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Dalam perancangan penubuhan Persekutuan MalaysiaMalaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cubamencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.

Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.


Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri Sabah, Sarawak dan Brunei.


 PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.


 MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK.

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.

   MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.

Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.


  REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pulacuba menghalang pembentukan Malaysia.


   FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi, pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.


   INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.  Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia  Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.

Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.


    PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak.


   JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.

Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukanMalaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak  pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.

Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff, Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.


   SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri) ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat  syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

a.            1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan  tanpa syarat
b.            1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
c.            1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.


   JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

a.            Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
b.            Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
c.            Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
d.            Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
e.            Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.


  REFERENDUM SINGAPURA

Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
a.            Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
b.            Pilihan B – rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
c.            Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.

Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.

    PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysiapada Ogos 1965. 

 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.

a.         Perlembagaan.

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan  60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang dipersetujui sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.

Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.

           
b.         Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan Perikatan.

           
c.         Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam golongan yang disifatkan sebagai ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan, terutama Syed Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September 1964.

Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysiauntuk menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia  juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu


d.         Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP

PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman’ secara serta-merta dan berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan dengan PAP.
       
Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan SingapuraMalaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment